13 May 2009
Hari Ini Masih Begitu
Hari ini, saya masih lagi di dalam kegembiraan kerana anak sulong saya baru sahaja melaporkan diri di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah pada 11 Mei lalu. Kejayaan beliau merupakan satu kejayaan yang sewajarnya dicontohi oleh adik-adik yang tiga lagi. Sebenarnya potensi beliau untuk berjaya telah kelihatan sejak sekolah rendah lagi. Kegagalan mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR telah mendorong beliau untuk berusaha keras dan mencipta sejarah keluarga dengan mendapat 7A, 1B dalam PMR. Beliau berjaya ditawarkan ke Sek Teknik Johor Bahru. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh, beliau berjaya lagi dengan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 7A. Lantaran itu, beliau telah berjaya ditawarkan ke UiTM(Diploma Perakaunan), Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (Perakaunan) dan telah juga dipanggil untuk temuduga PISMP iaitu program perguruan (BI).
Beliau kena pergi Kolej Matrikulasi dulu sementara menanti samada berjaya atau tidak untuk menjadi guru. Manakala UiTM terpaksa ditolak.
Mengapa berminat untuk menjadi guru? Untuk membuat pilihan sebenarnya terpaksa membuat beberapa pertimbangan. pertamanya dari segi kos pendaftaran. keduanya dari segi peluang melanjutkan pelajaran Ketiganya Prospek kerjaya. dan beberapa pertimbangan yang lain.
Untuk membuat keputusan saya, isteri dan anak saya telah membincangkan dari sudut kelebihan dan kekurangan setiap pilihan. Paling utama adalah melihat prospek kerjaya. Dengan menjadi guru, peluang kerjaya sudah terjamin. Sudah tentu ada yang mengatakan kurang glamour tetapi apalah ada pada glamour sebab yang penting adalah Ijazah Sarjana Muda. Tetapi dengan menjadi guru, akan mengelak peluang untuk menjadi penganggur. Kita kena buat keputusan yang jelas dan yakin untuk masa depan. Siapa kata guru tiada masa depan?

Subscribe to:
Posts (Atom)